Thursday, January 19, 2012

Perth

Belayar di Swan River melepasi taman dan pencakar langit ke 40 buah ladang anggur di Swan Valley atau ke Perth Zoo. Berkunjung ke Rottnest Island dan di sini anda boleh meneroka sejarah, berbasikal ke pantai rahsia dan berkayak ke teluk terpencil. Menjamu selera makanan laut dan selami suasana karnival di Fremantle yang bersejarah. Terokai tempat peninjau, taman berlanskap dan warisan Orang Asli di Kings Park yang luas. Berenang, meluncur air, memancing ikan, meluncur angin dan belayar di pantai yang bersih dan lengang seperti Cottlesloe atau Scarborough. Kemudian berjalan-jalan di antara laluan kayu, pantai dan marina dalam cuaca yang cerah di Sunset Coast.
Lima pengalaman Perth yang mesti dialami
Swan River, WA
Swan River, WA

1. Belayar di Swan River

Belayar di Swan River melepasi taman dan pencakar langit menuju ke pantai dan teluk di Rottnest Island. Atau menyusur melepasi rumah mewah menuju ke pelabuhan Fremantle yang bersejarah dan ceria. Naik feri laju ke Perth Zoo atau pergi ke hulu sungai menuju ke ladang anggur di Swan Valley yang indah. Lihat latar langit Perth yang bergemerlapan sambil belayar dan makan malam. Atau menyusuri sungai ke Matilda Bay dan ke bangunan gaya Mediterranean di University of Western Australia. Sewa sebuah kapal layar yang bergaya dan belayar merentasi perairan. Berkanu, berkayak, meluncur dengan layang-layang dan ski jet atau melihat kumpulan kapal yang berwarna-warni dari persisiran pantai. Bentangkan ambal untuk berkelah atau berbasikal di sepanjang persisiran perairan di Perth Waters atau Canning River.
Kings Park, Perth, WA
Kings Park, Perth, WA

2. Kembali ke alam semula jadi di Kings Park

Berjalan di bawah kanopi eucalypt yang tinggi dan melepasi tasik bercermin, taman terpahat dan kawasan berkelah di Bushland Nature Trail. Lihat pemandangan bandar ini yang menakjubkan, lihatlah Swan River dan Darling Ranges dari tempat peninjau di Lotterywest Federation Walkway atau dari atas DNA Tower yang tingginya mencecah 15 meter. Ketahui cara untuk terus hidup di kawasan hutan belukar, merasa makanan di hutan belukar dan mendengar cerita Rainbow Serpent dalam satu perjalanan bersama pemandu pelancong Orang Asli tempatan. Terokai pelbagai jenis bunga-bunga liar Western Australian di Botanic Garden. Taman berlanskap yang subur berukuran 400 hektar ini dekat jaraknya dengan pusat bandar Perth. Anda boleh menjelajahinya dengan berbasikal, berjalan meredah hutan atau dengan rollerblade. Atau nikmati udara segar, bunyi burung berkicauan dan aktiviti musim panas luar bangunan.
Fremantle, WA
Fremantle, WA

3. Sertai festival di Fremantle

Bersiar-siar di jalan yang tersenarai sebagai warisan yang dimeriahkan dengan pemuzik dan ahli silap mata. Atau makan angin di lorong berliku-liku yang penuh dengan hasil seni. Melihat-lihat di pasar hujung minggu yang sibuk atau pergi ke High Street untuk membeli fesyen pereka dan kraf Orang Asli. Nikmati kopi di ‘Cappuccino Strip’ yang ceria atau merasa masakan laut Indian Ocean yang segar di sebuah restoran di Fishing Boat Harbour. Kunjungi kilang bir mikro tempatan atau minum sepain bir di sebuah pub bersejarah. Dengar cerita banduan dan pemberontak yang suka membunuh dalam satu perjalanan bertemankan cahaya lampu suluh ke Fremantle Prison iaitu penjara pertama negeri ini. Atau lihat bangkai kapal yang karam yang terkenal pada abad ke-17 iaitu Dutch Batavia di Shipwreck Museum lama di Cliff Street. Belayar dengan kapal besar Leeuwin atau belayar ke Carnac Island dan lihat anjing laut, ikan paus dan dolfin. Nikmati persembahan konsert percuma pada hari Ahad di Fremantle Arts Centre atau beristirehat sambil berkelah pada waktu matahari terbenam di South Beach.
Rottnest Island, WA
Rottnest Island, WA

4. Beristirehat di Rottnest Island

Anda boleh berbasikal atau berkayak ke teluk yang terpencil dan berenang dari 63 buah pantai di Rottnest Island yang tenang dan tiada kereta. Kemudian snorkel atau menyelam sambil melihat terumbu karang yang terang dan bangkai kapal karam yang bersejarah. Meluncur air di Strickland Bay, Salmon Bay dan Stark Bay. Atau ambil joran dan pastikan anda betul-betul seronok memancing di tempat memancing yang hebat ini. Lihat quokka iaitu binatang marsupium comel yang memberi inspirasi kepada nama pulau ini. Ketahui sejarah pulau ini dalam satu lawatan bersama-sama pemandu pelancong di penjara Orang asli atau di Rottnest Museum. Kunjungi sebuah rumah api yang lama dan lihat terowong bawah tanah, senjata api yang besar dan pemandangan indah Oliver Hill. Lihat matahari terbenam ketika anda terbang untuk mendapatkan pemandangan dari udara yang indah. Dengan iklim Mediterraneannya, flora dan fauna asli serta suasana bersahaja, tidak hairanlah jika penduduk tempatan mahu menjadikan Rottnest Island sebagai rahsia cuti musim panas mereka.
Cottesloe Beach, WA
Cottesloe Beach, WA

5. Jelajahi Sunset Coast

Berenang dan snorkel di Cottesloe Beach sebelum menjelajahi kafe terbuka dan pub di sepanjang persiaran. Beristirehat di atas pasir putih City Beach. Atau sertai peluncur dan pengembara backpacker Scarborough yang sawo matang kulitnya, kemudian bersiar-siar dengan rasa gembira melalui pasar pada hujung minggu. Lihat singa laut, dolfin hidung botol dan paus bongkok di Marmion Marine Park di Trigg Beach. Atau snorkel di lagun yang cetek, dinding terumbu, pulau kecil dan gua bawah air. Beristirehat di bar laluan kayu dan restoran di Sorrento Quay di Hilary’s Boat Harbour yang sibuk. Kemudian lihat dunia bawah air di akuarium atau sertai pelayaran untuk melihat ikan paus atau mencarter lawatan memancing ikan di laut dalam. Memancing dari pantai dan bersiar-siar di marina di Mindarie Quays. Menyelam skuba sambil melihat bangkai kapal karam dari bandar tepi laut Yanchep atau Two Rocks dan berkelah serta berenang di Yanchep Lagoon yang cantik.

1 comments:

Hi guys,though to share my wonderful experience in perth. I stayed and rent a car from a malaysian holiday home. Mahira holiday homes and car rental pty ltd.Owner originally from kl.very good service and well equipped holiday bungalow with affordable rates. U can call 0123360098 .owner daughter is here in kl.she arranged everything so well for us.thumbs up!!!they even hav tour packages.muslim owner

Post a Comment